Pelita Klasik Menerangi, Mengindahkan Suasana
Main Banner
Kafé - Suasana dalam rimba
Sila Pilih:
Dari:
Hingga:
Tetamu: Unit:

Aktiviti


Di Syamille Agrofarm & Resort, pengunjung dapat melakukan aktiviti riadah seperti berikut:

Tinjau Burung (Bird Watching)

Bagi peminat burung, pengunjung boleh melihat, dengar dan rasai sendiri kebebasan burung-burung di habitat semulajadi mereka di sepanjang trek dan pos yang disediakan.

Fotografi Alam Semulajadi (Nature Photography)

Sesungguhnya bagi penggemar foto, Syamille Agrofarm & Resort merupakan syurga fotografi.Rakamkan keindahan semula jadi ke dalam gambar tanpa gangguan.Inilah masanya penggemar fotografi menggunakan teknik-teknik fotografi dan bersatu dengan alam hijau.

Lawatan ke Agrofarm (Agrofarm Visiting)

Melihat dengan sendiri bagaimana peladangan dan penternakan dijalankan, pengunjung boleh mempelajari sesuatu dengan aktiviti ini.

Menikmati Buah-buahan Tropika (Tropical Fruit Indulgence)

Untuk pengunjung yang menetap, selain daripada berpeluang melihat dengan lebih dekat pokok buah-buahan tropika, bolehlah menikmati buah-buahan yang terdapat di kebun agrofarm sekiranya ianya sedang berbuah, secara percuma.

Padang untuk Bersukan (Sport Field)

Kemudahan padang yang disediakan boleh diguna bersama seisi keluarga untuk bersukaria dan mengeratkan silaturrahim.

Memanggang bersama alam (Barbecue with nature)

Syamille Agrofarm & Resort menyediakan kemudahan set barbecue untuk pengunjung yang inginkan santapan yang lebih santai dan mesra.

Air Terjun Lata Perahu (Lata Perahu Waterfall)

Kira-kira 1km daripada Syamille Agrofarm & Resort, pengunjung boleh melawat Air Terjun Lata Perahu yang masih asli dan jauh daripada pencemaran.Air terjun ini tidak terusik dengan pembangunan menjadikan ianya mempunyai tarikan tersendiri. Akses ke air terjun ini melalui trek jalan kaki, menggunakan motorsikal atau kenderaan 4WD. Pengunjung boleh mendapatkan khidmat bantuan petugas Syamille Agrofarm & Resort sekiranya tidak mempunyai kenderaan yang bersesuaian.

Seminar & Kursus (Seminars & Course)

Bertempat di dewan Syamille Agrofarm & Resort dan dengan harga berpatutan, pengunjung juga boleh menyewa dewan untuk menganjurkan seminar dan kursus-kursus sambil menikmati ketenangan alam. Pastinya kursus tersebut akan meninggalkan kesan lebih mendalam. Untuk Maklumat lanjut lihat laman kemudahan kami.

Mengembara Alam Semulajadi dan Teroka Persisiran Sungai (Nature Trekking/Hiking& Stream Walk)

Meneroka alam semulajadi yang misteri dan kaya dengan flora dan fauna sememangnya satu pengalaman yang pasti membuka mata pengunjung tentang ciptaan tuhan. Maklumat lanjut berkenaan aktiviti ini boleh didapati di kaunter resepsi.

Selain daripada aktiviti riadah yang dinyatakan, terdapat juga aktiviti lasak bagi pengunjung yang menggemari cabaran. Antara aktiviti lasak yang disediakan:

Aktiviti berbasikal Di Syamille

Pengunjung boleh menyewa basikal dan beriadah di kawasan AgroFarm....bagi menikmati suasan petang yang indah di sini.

Pejabat Syamille Agrofarm & Resort dibuka setiap hari daripada pukul 8 pagi hinggalah 7 petang, kecuali pada hari cuti umum.

Walau bagaimanapun tempahan boleh dibuat melalui telefon ataupun secara online setiap hari.

Sila lihat laman Hubungi Kami untuk maklumat lanjut.

  • serius saya rasa tiada tempat yang dapat menandingi tempat ini.
    rasa nak duduk sini lama-lama

    Mustaqim (Perlis)

  • baru tgk web belum lg smpi dh terasa kedamaiannya InsaYallah pasti jejak ke tpt ni.....

    ishak hussein

  • Sangat menarik kalau boleh dijadikan tempat berkumpul ahli keluarga, macam Family Day. Padang pun ada.

    AD

  • Tempat yang cantik, aman damai. Lainkali boleh bawa keluarga datang sini.

    Shana

  • tempat ini sangat menarik dan cantik

    Akmal Azlan

  • Saya suka tempat ini

    Raja Zetty Nadrah

  • A very nice and natural farm house to visit. Keep up the good work.

    Gillbert Kong

  • The best eco resort i ever visit! All the best.

    Kenny Ong

  • sejuk mata memandang dan mempesonakan...

    Norehan

  • Panorama yang indah... WOW!

    Mohd Azuan Alip

  • Sangat menarik berciri asli

    Raja Ahmad Shah

  • Cukup klasik dan antik!

    Norlaila Abd Wahab

  • suasana kat Syamille Agrofam memang best giler!!sangat rugi kalau anda tiba ke K.Kangsar tp tak singgah..MENYESAL!

    Rox

  • Been there for 2 days, what should i say..syamille agrofarm and resort touched my heart..thanks.

    Ishak Azhar

  • Been there with my parents & hubby, bestnya suasana. Kena Datang Lagi!

    Rasyena

  • I prefer beach resort than jungle resort but Syamille Resort has changed my preference. I really enjoyed every moment spent there.

    Nadlan

© Copyright 2011- 2012 www.syamille.com.my | All Rights Reserved.
Developed By:ModernMindMechanics.Com