Mahaad Tahfiz







LATAR BELAKANG


Ma’had Tahfiz AnNuri telah didaftarkan pada 08 Mei 2009 atas nama Ma’had Tahfiz AnNuri Sdn.Bhd (856229V). Beroperasi di alamat Lot 3750, Kampung Lata Perahu, Mukim Chuar Hulu, Kati, Kuala Kangsar, Perak, Ma’had Tahfiz AnNuri diasaskan oleh Tuan Haji Mohd Zainuri Bin Mohd Idrus bersama adik beradik beliau di atas tanah ladang yang berkeluasan 4.8 hektar (12 ekar) atau lebih dikenali sebagai Syamille Agro Farm & Resort.

Pusat Tahfiz Al-Quran ini dikelilingi dengan suasana panaroma yang begitu indah dan penuh ketenangan, pokok-pokok yang redup menghijau, taman bunga, tasik dan kesejukan air terjun yang mendamaikan fikiran. Selain itu terdapat juga kebun sayur-sayuran, ternakan kambing ,rusa dan kicauan burung yang semestinya menyeronokkan. Ianya sekaligus memberikan ketenangan bagi anak-anak yang ingin menghafaz Al-Quran, juga mempelajari kemahiran hidup seperti teknik bercucuk tanam, penternakan dan sebagainya.

Pusat Tahfiz AnNuri menawarkan pendidikan percuma dan tidak mengenakan sebarang yuran pengajian. Dengan harapan mereka dapat menghafaz Al-Quran dan mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Quran, agama dan akademik dengan lebih sempurna (Insya Allah), hasrat kami ialah ingin membantu golongan yang tidak berkemampuan bagi meneruskan pengajian mereka, yang terdiri dari kalangan anak-anak yatim piatu, fakir dan miskin.

Insya Allah pelajar-pelajar disini akan dibimbing oleh ustaz-ustaz yang berpengalaman dan mempunyai latar belakang pendidikan dan kelulusan seperti Tahfiz Quran Darul Tuba (Kaedah Hafazan Turki), Universiti Al-Azhar Mesir, Darul Quran JAKIM dan Universiti Islam Yaman.

Ma’had Tahfiz AnNuri mempunyai kelengkapan yang sempurna dan selesa seperti chalet, asrama pelajar, surau, dewan makan, dewan belajar, dan kawasan riadah. Sehingga kini sudah terdapat 12 orang pelajar yang menuntut di Ma’had Tahfiz AnNuri.



OBJEKTIF DAN MATLAMAT


• Melahirkan generasi Al-Quran yang unggul dan berakhlak Al-Quran.
• Melahirkan insan yang memakmurkan dunia dengan cahaya Al-Quran.
• Menjana ahli keluarga Islam yang menghayati, mengamalkan serta mengibarkan syiar Islam sebagai satu cara hidup melalui anak didik yang dilahirkan dari Ma’had Tahfiz AnNuri.
• Membantu golongan yang tidak berkemampuan meneruskan pengajian dengan memberi keutamaan kepada pendidikan Al-Quran dan agama.



ORGANISASI PENTADBIRAN

PENAUNG
Syamille Agro Farm & Resort Sdn. Bhd.

PENASIHAT
Tuan Haji Mohd Zainuri Bin Mohd Idrus
Tuan Haji Mohd Zulkfili Bin Mohd Idrus
Tuan Haji Mazlan Bin Abd Majid
Ustaz Wan Khairul Insanuddin Bin Wan Abd Razak

MUDIR
Ustaz Syed Mohd Azwan Bin Syed Yahya
Kelulusan Akademik:
• Sek. Men. Ugama (A) Darul Anuar, Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan
• Madrasah Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan
• Universiti Yamaniah, Sanaa, Republik Yaman

GURU TAHFIZ
Ustaz Mohd Muazzin Bin Siran
Kelulusan Akademik:
• Tahfiz Al-Quran Darul Tuba, Tangkak Johor
• Ma’had Tahfiz Ummul Qura, Sabak Bernam, Selangor
• Pengajian Talaqi Jiyad Sud, Makkah, Saudi
• Pondok Ad-Diniyyah, Setiu, Terengganu



SUKATAN AKADEMIK

• Kelas Hafazan & Muraja’ah Al-Quran
• Kelas Mata Pelajaran Syariah (Tafsir, Feqah, Tauhid, Hadis, Tajwid, Sirah, Bahasa Arab, Adab, Jawi )
• Mata Pelajaran Akademik (Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris, Matematik, Sains & Kemahiran Hidup)
• Amali (Bercucuk Tanam, Chef Masakan , Penternakan Dan Pertukangan)



KOKURIKULUM

• Solat Dhuha
• Qiamullail
• Latihan Perkaderan Islam
• Riadah
• Rehlah Tarbawi
• Usrah
• Tamrin
• Mukhayyam
• Kelab Keusahawanan
• Kelab Nasyid
• Aktiviti Kemasyarakatan
• Kadet Amal



SYARAT KEMASUKAN


• Anak yatim atau fakir miskin atau golongan yang tidak berkemampuan
• berumur 13 tahun
• boleh membaca Al-Quran dengan baik
• boleh membaca & menulis bahasa Melayu, Jawi & bahasa Arab dengan baik
• lulus temuduga & mampu menghafal Al-Quran
• sekurang-kurangnya mendapat 3A dalam keputusan UPSR atau sijil yang setaraf
• (setiap pelajar yang diterima masuk belajar di Ma’had akan diberi tempoh percubaan selama 3 bulan)

Pejabat Syamille Agrofarm & Resort dibuka setiap hari daripada pukul 8 pagi hinggalah 7 petang, kecuali pada hari cuti umum.

Walau bagaimanapun tempahan boleh dibuat melalui telefon ataupun secara online setiap hari.

Sila lihat laman Hubungi Kami untuk maklumat lanjut.

  • serius saya rasa tiada tempat yang dapat menandingi tempat ini.
    rasa nak duduk sini lama-lama

    Mustaqim (Perlis)

  • baru tgk web belum lg smpi dh terasa kedamaiannya InsaYallah pasti jejak ke tpt ni.....

    ishak hussein

  • Sangat menarik kalau boleh dijadikan tempat berkumpul ahli keluarga, macam Family Day. Padang pun ada.

    AD

  • Tempat yang cantik, aman damai. Lainkali boleh bawa keluarga datang sini.

    Shana

  • tempat ini sangat menarik dan cantik

    Akmal Azlan

  • Saya suka tempat ini

    Raja Zetty Nadrah

  • A very nice and natural farm house to visit. Keep up the good work.

    Gillbert Kong

  • The best eco resort i ever visit! All the best.

    Kenny Ong

  • sejuk mata memandang dan mempesonakan...

    Norehan

  • Panorama yang indah... WOW!

    Mohd Azuan Alip

  • Sangat menarik berciri asli

    Raja Ahmad Shah

  • Cukup klasik dan antik!

    Norlaila Abd Wahab

  • suasana kat Syamille Agrofam memang best giler!!sangat rugi kalau anda tiba ke K.Kangsar tp tak singgah..MENYESAL!

    Rox

  • Been there for 2 days, what should i say..syamille agrofarm and resort touched my heart..thanks.

    Ishak Azhar

  • Been there with my parents & hubby, bestnya suasana. Kena Datang Lagi!

    Rasyena

  • I prefer beach resort than jungle resort but Syamille Resort has changed my preference. I really enjoyed every moment spent there.

    Nadlan

© Copyright 2011- 2012 www.syamille.com.my | All Rights Reserved.
Developed By:ModernMindMechanics.Com