Dasar Privasi

Syamille Agrofarm & Resort komited untuk melindungi privasi semua tetamu kami. Segala maklumat peribadi yang dikumpul ketika tempahan dan daftar masuk hanya akan digunakan bagi tujuan:

  • Mengurus dan mengesahkan tempahan
  • Memproses bayaran dan deposit keselamatan
  • Komunikasi berkaitan tempahan, perubahan, atau maklumat promosi (dengan keizinan)
  • Keperluan rekod audit dan pematuhan undang-undang

Kami tidak akan menjual, menyewa atau berkongsi maklumat peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran anda, kecuali jika diwajibkan oleh undang-undang.

Maklumat bank untuk tujuan pemulangan deposit juga akan dikendalikan secara selamat dan hanya digunakan untuk tujuan tersebut sahaja.