Kami di Syamille Agrofarm & Resort memahami bahawa kadangkala perubahan tidak dapat dielakkan. Oleh itu, kami menetapkan polisi bayaran balik seperti berikut:
- Pembatalan tempahan hanya layak mendapat pemulangan wang jika dimaklumkan sekurang-kurangnya 14 hari (2 minggu) sebelum tarikh daftar masuk.
- Bagi pembatalan yang layak bayaran balik, caj pembatalan sebanyak 10% daripada jumlah bayaran tempahan akan ditolak sebagai yuran pemprosesan.
- Sebarang pembatalan selepas tempoh tersebut tidak layak untuk pemulangan bayaran.
- Pemulangan deposit keselamatan akan diproses dalam tempoh 24 jam selepas daftar keluar, dengan syarat tiada kerosakan atau kehilangan harta benda di dalam penginapan.
- Deposit keselamatan akan dipulangkan ke akaun bank tetamu yang didaftarkan semasa proses daftar keluar.
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan bayaran balik boleh diajukan kepada pihak pengurusan melalui nombor telefon atau emel rasmi kami.