Tempahan & Daftar Masuk/Keluar:
- Daftar masuk: 2.00 petang
- Daftar keluar: 12.00 tengah hari
- Permintaan daftar keluar lewat (sehingga 1.00 petang) mesti dimaklumkan dan mendapat kelulusan. Caj tambahan akan dikenakan.
Pembatalan tempahan yang dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh daftar masuk layak menerima bayaran balik selepas ditolak caj pembatalan 10%. Pembatalan kurang dari 14 hari tidak layak menerima bayaran balik.
Pembayaran & Deposit:
- Deposit keselamatan RM50 akan dikenakan bagi setiap bilik, dan akan dipulangkan jika tiada kerosakan.
- Tetamu bertanggungjawab atas sebarang caj tambahan semasa penginapan.
Penginapan:
- Kapasiti maksimum setiap bilik:
Chalet: 3 dewasa + 1 kanak-kanak
Deluxe: 4 dewasa + 2 kanak-kanak - Tetamu tambahan dikenakan caj RM20/seorang (termasuk kanak-kanak) bagi tilam tambahan.
Deposit tidak akan dipulangkan jika tetamu melebihi had kapasiti yang dibenarkan.
Larangan:
- Merokok dan membawa haiwan peliharaan tidak dibenarkan.
- BBQ hanya dibenarkan untuk tetamu berdaftar, dan hanya di kawasan yang ditetapkan.
- Bunyi bising perlu dikawal bagi menghormati tetamu lain.
Liabiliti & Penamatan Penginapan:
- Pihak resort tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan harta peribadi tetamu.
- Tetamu bertanggungjawab terhadap keselamatan kenderaan masing-masing.
- Pihak pengurusan berhak menamatkan penginapan tanpa pemulangan bayaran jika terdapat pelanggaran syarat atau tingkah laku yang tidak sesuai.